Thursday, February 18, 2016

Pengalaman hiking- Broga Hill


Assalamualaikum 

Hai semua. Hari ni secara tiba-tiba rasa rajin nak kongsi pengalaman berhiking. Yelah first time aku berhiking tu yang excited sikit. hehehe. 

Sebenarnya aku dah lama nak berhiking ni. Tapi masih takde kesempatan nak hiking. Padahal dekat USIM tu selalu je ada buat program hiking ni. Maybe sebab kawan-kawan ada yang tak free bila ada program macam tu. So, aku takkan nak pergi sorang-sorangkan..? Since aku ni rasa macam kekok bila sorang-sorang so memang idok ler aku nak naik atas bukit tu sorang-sorang haha.
okay nak dijadikan cerita jumaat lepas kawan aku si Diana tu saje lah ajak aku naik broga. Aku macam tiba-tiba terus on. Padahal sebelum tu Ammar dengan Zakwan dah ajak dah tapi dorang ajak aku macam langsung tak tertarik. haha. So malam tu terus pujuk mama minta izin nak naik broga tapi kena drive pergi KUIS then tidur situ esok pagi baru gerak. Berdebar jugaklah nak bagitahu sebab mama mesti nak guna kereta jugak. Mula-mula nak minta izin tu tanya mama dulu.. "Mama.. sabtu ahad ni nak guna kereta tak ? Diana ajak pergi broga tapi kena tidur Kuis.. boleh tak ma akak pergi ?" Aku memang sengaja tak bagi mak aku jawab. Biar aku habis cakap semua baru jawab. haha. And Alhamdulillah mama bagi siap dua hari tidur Kuis. haha. Alasannya penat. Penat la jugak. Tapi penat-penat pun balik tu sempat lagi pergi main bowling. Dah alang-alang kannn biar penat terus. haha. Balik tu memang satu badan sakit. Normal lah kan ? haha
 Dalam 45 minit jugak lah dari Kuis ke Broga. Entah aku pun dah tak ingat. Yang penting dekat lah. No wonder USIM pun rajin buat aktiviti hiking ke sana. Kitorang gerak dalam pukul 5 sampai sana nak dekat pukul 6 kot. Time ni tak tengok jam dah. Dah siap parking makan sikit untuk tenaga naik atas. Makan roti je dah la. Toksah over-over. kang berat punggung korang nak naik atas. haha !
Niat nak solat subuh kat atas. So gigihkan jugak naik atas even rasa macam nak je turun taknak teruskan. Banyak kali jugaklah berhenti. Thank you Ain sebab selalu suruh kitorang berhenti kejap sebab aku pun tak larat dah nak naik atas sebenarnya. Tapi Alhamdulillah.. sempat jugak nak solat subuh kat atas. Lebih kurang sejam la nak ke puncak. Tapi kalau korang tak banyak stop tak sampai sejam dah sampai dah kot. hehe. Then bila dah sampai puncak tu MashaAllah seronok tu bukan main lagi. Dia punya feel tu kau akan rasa bangga dengan diri sendiri sebab dah berjaya naik atas. haha. 
Time ni pulak ada Heliza Helmi and the geng. Kalau korang buka instagram, korang hashtag #gemaselangorbackpackerz.. selalu orang travel je backpackers kan.. ni naik atas bukit pun ada. Kalau nak join pergi la ig dorang taip je benda yang sama macam hashtag tadi.
Since dorang ada bawa bendera Malaysia and Palestine kitorang pinjam la kejap. 
Angin kuat sangat tu yang tudung pun senget benget. Nak bagi tips pun rasa macam takde sangat sebab naik turun pun kawan tolong pegangkan. haha. Ada jual macam tongkat tu (aku tak ingat nama dia) korang belilah kat bawah siap-siap sebab aku rasa macam membantu jugaklah. And lampu suluh jangan lupa pulak. Nak pergi pagi-pagi buta kan gelap. So lampu suluh sangat diperlukan kotla ada batu ke lubang ke salah jalan ke masuk dalam semak ke kan susah. ngehngeh
 Okay done ! seronok betul bergambar mak jemah ni. haha. Aku sayang gila kat depa sebabtu sanggup pi jenguk kat kuis even 30 minit ja dari rumah tapi rasa macam jauh jugakla kalau drive sorang-sorang, haha ! Okay itu saje yang aku boleh share. Pengalaman pertama so tak banyak la tips. For those tak pernah pergi hiking boleh la cuba. Melihat ciptaan Allah. ^_^



To Ashfihani take care dekat uitm tu. Lepas ni selalu la pi shopping seksyen 7 tu sampai lebam. haha. Since kita takdela rapat sangat tapi serious seronok kawan dengan kau. Tak boleh lupa trademark panggil nama orang sampai orang lain pelik. Atas bukit pun nak berdrama. Haihlah kawan. Belum jumpa lagi kawan baru satu kepala kat USIM tu. Kang tunjuk perangai terkejut dorang. haha. Jemahlah katakannn. 


klu da bace..jgn lupa komen tau..

Wednesday, January 13, 2016

Selamat Hari Ulangtahun DIANA



Assalamualaikum..

Okay kali ni aku nak buat entry khas untuk kawan aku. Memandangkan harini birthday dia yang ke 21 pastu nak sambut pun macam tak boleh je hari ni. So kita buatlah entry pepanjang kali ni. Haha.

So DIANA ! This is for you. Happy birthday yang ke 21. Dah tak boleh nak enjoy sangat dah. Lagi berapa tahun ada la tu yang melamar kau. Kau relax je goyang kaki je. haha. Ha mula la tu ada orang nak cakap (sikit-sikit cakap pasal kawen ) weh, umur pun dah 21 korang takde perasaan ke ? huh !

Okay diana teruskan membaca. Yang lain nak baca pun boleh. hehe. Macam biasa haruslah ucapan terima kasih. Antara kawan yang sanggup layan kerenah aku yang tah hape-hape ni adalah diana ! Serious aku sendiri cakap perangai aku ni tah hape-hape haha. 

Terima kasih sebab sudi pinjam katil tilam masa dok asrama dulu. Syok jugak tido sempit-sempit. nasib takde gambar. haha. erm rindu dah mai dah. ish !!!



Terima kasih sebab kau antara orang pertama yang tegur aku dalam bilik tu sebab geng-geng samtk kat dorm sebelah. aku sorang je dari samtk dalam dorm tu. hurm sedih. Hari pertama langsung tak boleh tido. Nyamuk sangat banyak dan aktif sangat. Stress ! Maka hari seterusnya memang aku tak tido atas katil aku dah la. haha. 

Terima kasih sebab sudi pinjamkan telinga untuk aku. haha. Mula-mula rasa segan kot nak cerita. Tapi bila dah cerita kau pun cerita masalah kau. hurm jadi rapat pulak. huhu

Terima kasih jugak sebab sudi pinjam kan bahu. kahkahkah. 

Okay la kita cakap lebih serious sikit. Dah 21 tahun ni, aku nak kau fikir matang sikit. (sebelum ni dah matang dah) lepastu jangan biarkan jejaka diluar sana permainkan perasaan kau lagi. Katakan NOWAY ! Haha over pulak. Aku sayang kau okay. biarlah over pun. Okay lepastu fokus pada pelajaran. Kalau ada masa kau terleka ke lalai ke lupa ke malas nak belajar ke.. ingat masa mula-mula kau nak sambung belajar, nak daftar. Parents kau family kau ada temankan kau daftar. So, ni la masa nak balas balik. ewah. aku pun kadang-kadang leka gak. ngehngeh. Even kita tak satu u, moga-moga kita masih boleh bersama. ewah ayat aku. haha. okayla moga kau suka. tak suka pun buat-buat suka. haha..  

Didoakan semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang berpanjangan (tidokenacukup) semoga dimurahkan rezeki, semoga menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik untuk adik-adik semoga berjasa kepada masyarakat dan semoga masih larat nak layan kerenah aku, hahaha. lebiyu. 


Yang ikhlas ,


klu da bace..jgn lupa komen tau..

Tips nak isi borang UPU


Assalamualaikum

Hurm hari ni tak tahu kenapa aku rasa nak share something dekat korang. Terutamanya yang tengah tunggu result upu. Yelah memandangkan aku pun tengah cuti sem ni. Lepastu takde apa nak buat. Better aku share something kat korang. 

Okay kepada yang nanti nak isi UPU tu.. Better korang pilih betul-betul kos apa yang korang nak. Sebab ada la beberapa kawan yang kenal setakat sem1 ni. Dia sangat minat dengan sains. Then masa dia isi borang UPU ni. Semua pilihan dia pilih berkaitan dengan sains cuma pilihan last sekali dia saje la pilih pasal law. Hurm sekali pilihan yang terakhir tu yang dia dapat. Disebabkan dia memang tak minat langsung dengan law so dia pun mohon tukar kos. Sementara permohonan diluluskan, terpaksa jugakla dia belajar subjek yang dia tak minat. So, nasihat aku yang baru 4-5 bulan jejak kaki kat USIM ni.. better korang pilih betul-betul bidang yang sesuai dengan diri korang.

gambar ni masa hari terakhir orientasi. 3 hari je. Tapi pagi sampai malam. Penat jugak lah sampai hari kedua tu aku pening muntah-muntah. Tak tahu kenapa. Memang stamina badan aku ni kadang-kadang tak okay. Kena ada suppliment baru okay. Time ni pulak lupa nak bawa. Hurm nasiblah..

Okay sekarang aku nak korang berhati-hati bila isi borang tu.. sebab tak silap soalan yang last-last tu dia ada tanya korang nak terima ke tak wang pendahuluan dari ptptn. Kalau korang klik nak, nanti bila korang dapat tawaran sambung belajar dia akan send satu cek bernilai rm1500 untuk korang. Lepas tu korang kena pergi bank then cash kan. Dapatlah rm1.5k. Tapi lepastu kena bayarla balik. Macam aku haritu masa isi tak tahu pape main klik je lah. Lepastu sampailah cek tu dekat rumah. Lepastu aku tanya mak aku nak amek ke tak duit ni.Mak aku kata tak payah siap bebel-bebel dekat aku kenapa pergi klik terima haritu. haha. Tapi kalau rasa family tak mampu tu cashkan je la sebab duit ni tujuannya untuk korang belanja masa nak daftar nanti. Mesti banyak benda nak kena beli kan. Lepastu wang pendaftaran pun kena bayar sebelum hari pendaftaran. Macam aku haritu kos aku kena 2k jugalah yuran pendaftaran sekali dengan bayaran satu sem (sem1). Kalau korang cashkan cek tu.. nanti korang kena bayar balik. Sama ada dia potong duit ptptn atau dia potong dari duit gaji mak ayah korang. Macam aku, ptptn aku tak amek and duit tu pun aku tak cashkan. Semuanya duit dari mak aku. Alhamdulillah masih boleh survive lagi dekat USIM. 




Okay satu lagi tips untuk sentiasa dimurahkan rezeki. Sedekah. Ini selalu aku tengok mak aku buat tiap kali datang masjid ada tabung masjid tu dia masukkan beberapa duit. Bukan banyak pun. Sekadar kita ikhlas nak bagi. Tak kesahlah mana-mana masjid pun. So, aku sebagai anak terikut la jugak. And setiap hari jumaat mak aku akan sedekahkan duit kat masjid by my brother. Bila adik lelaki nak ke masjid solat jumaat nanti mak aku akan bagi kat dia suh masuk dalam tabung. InshaAllah Allah akan murahkan rezeki kita. Yang penting ikhlas nak tolong orang ye dok ? hehe. Lepastu rajin-rajinla solat dhuha. ha yang ni aku tengah praktikkan. Selamat beramal. Good luck for you guys. 

okay time dah habis exam untuk sem 1. Tapi aku takde dalam gambar tu. takpayah la nak cari aku kat situ. haha  ok tu je tips yang aku boleh share. Harap dapat membantu sikit yang tengah tunggu result tu.





klu da bace..jgn lupa komen tau..

Saturday, November 21, 2015

ABAH AND MAMA


Assalamualaikum


ABAH AND MAMA
Abah.. mama.. kakak rindu..
mama.. even baru seminggu akak kat sini tapi akak dah rindu. Mungkin ini satu perasaan yang Allah hadirkan untuk setiap manusia sentiasa menyayangi kedua ibu bapanya.
mama… mama banyak berkorban untuk akak dan adik2. Terutamanya dekat akak..
mama… akak minta maaf.. sebab kadang2 akak siakan masa yang ada dengan benda yang lagha. akak tengok cerita sehari suntuk.
mama… akak sunyi dekat sini. sebabtu kalau boleh akak nak balik rumah selalu. ade mama dan adik2..
mama… kakak tak jumpa lagi kawan yang boleh jaga akak macam alin, Diana, ain. Kawan sek semua busy. Jarang jumpa..
mama… terima kasih sebab jadi mama terbaik untuk kakak..

Abah.. kakak teringin nak cakap dengan abah. sebab kakak sangat rindukan abah.
Abah… kakak sihat je dekat sini. Abah jangan risau. Abah rehat je dekat sana. Abahkan penat menanggung sakit haritu. hampir setahun abah tahan sakit. kesian abah.
Abah… kakak dah masuk U tau. Macam yang akak angan2kan dulu.
Abah.. kakak jealous tengok orang lain dapat borak2 dengan ayah dia dalam telepon.
Abah.. kakak jealous tengok orang lain salam ayah dia masa ayah dia hantar balik asrama.
Abah… kakak paling bahagia bila akak mimpi abah.
Alhamdulillah.. even hanya mimpi. akak rasa tu dah cukup bahagia sebab akak seolah2 dapat jumpa abah.
Abah.. anak sulung abah ni dah meningkat remaja. tak lama lagi dah boleh menikah. kakak takut kalau2 suami kakak tak secaring abah. tak sebaik abah.
Nanti apa2hal dia buat kat kakak, abah takde nak selamatkan kakak.
Abah… anak manja abah ni terlalu takut untuk hadapi ujian akan datang. Sebab abah takde nak selamatkan kakak. Tapi kakak tahu Allah itu maha Adil kan bah ? Mesti ada hikmah.


Terima kasih ya Allah kerana pinjamkan mereka untuk aku. 




klu da bace..jgn lupa komen tau..

 

Copyright 2015 © Ziela Roslee. Design by Ayu Barbydol