Assalamualaikum
Hai semua. Hari ni secara tiba-tiba rasa rajin nak kongsi pengalaman berhiking. Yelah first time aku berhiking tu yang excited sikit. hehehe.
Sebenarnya aku dah lama nak berhiking ni. Tapi masih takde kesempatan nak hiking. Padahal dekat USIM tu selalu je ada buat program hiking ni. Maybe sebab kawan-kawan ada yang tak free bila ada program macam tu. So, aku takkan nak pergi sorang-sorangkan..? Since aku ni rasa macam kekok bila sorang-sorang so memang idok ler aku nak naik atas bukit tu sorang-sorang haha.
okay nak dijadikan cerita jumaat lepas kawan aku si Diana tu saje lah ajak aku naik broga. Aku macam tiba-tiba terus on. Padahal sebelum tu Ammar dengan Zakwan dah ajak dah tapi dorang ajak aku macam langsung tak tertarik. haha. So malam tu terus pujuk mama minta izin nak naik broga tapi kena drive pergi KUIS then tidur situ esok pagi baru gerak. Berdebar jugaklah nak bagitahu sebab mama mesti nak guna kereta jugak. Mula-mula nak minta izin tu tanya mama dulu.. "Mama.. sabtu ahad ni nak guna kereta tak ? Diana ajak pergi broga tapi kena tidur Kuis.. boleh tak ma akak pergi ?" Aku memang sengaja tak bagi mak aku jawab. Biar aku habis cakap semua baru jawab. haha. And Alhamdulillah mama bagi siap dua hari tidur Kuis. haha. Alasannya penat. Penat la jugak. Tapi penat-penat pun balik tu sempat lagi pergi main bowling. Dah alang-alang kannn biar penat terus. haha. Balik tu memang satu badan sakit. Normal lah kan ? haha
Dalam 45 minit jugak lah dari Kuis ke Broga. Entah aku pun dah tak ingat. Yang penting dekat lah. No wonder USIM pun rajin buat aktiviti hiking ke sana. Kitorang gerak dalam pukul 5 sampai sana nak dekat pukul 6 kot. Time ni tak tengok jam dah. Dah siap parking makan sikit untuk tenaga naik atas. Makan roti je dah la. Toksah over-over. kang berat punggung korang nak naik atas. haha !
Niat nak solat subuh kat atas. So gigihkan jugak naik atas even rasa macam nak je turun taknak teruskan. Banyak kali jugaklah berhenti. Thank you Ain sebab selalu suruh kitorang berhenti kejap sebab aku pun tak larat dah nak naik atas sebenarnya. Tapi Alhamdulillah.. sempat jugak nak solat subuh kat atas. Lebih kurang sejam la nak ke puncak. Tapi kalau korang tak banyak stop tak sampai sejam dah sampai dah kot. hehe. Then bila dah sampai puncak tu MashaAllah seronok tu bukan main lagi. Dia punya feel tu kau akan rasa bangga dengan diri sendiri sebab dah berjaya naik atas. haha.
Time ni pulak ada Heliza Helmi and the geng. Kalau korang buka instagram, korang hashtag #gemaselangorbackpackerz.. selalu orang travel je backpackers kan.. ni naik atas bukit pun ada. Kalau nak join pergi la ig dorang taip je benda yang sama macam hashtag tadi.
Since dorang ada bawa bendera Malaysia and Palestine kitorang pinjam la kejap.
Angin kuat sangat tu yang tudung pun senget benget. Nak bagi tips pun rasa macam takde sangat sebab naik turun pun kawan tolong pegangkan. haha. Ada jual macam tongkat tu (aku tak ingat nama dia) korang belilah kat bawah siap-siap sebab aku rasa macam membantu jugaklah. And lampu suluh jangan lupa pulak. Nak pergi pagi-pagi buta kan gelap. So lampu suluh sangat diperlukan kotla ada batu ke lubang ke salah jalan ke masuk dalam semak ke kan susah. ngehngeh
Okay done ! seronok betul bergambar mak jemah ni. haha. Aku sayang gila kat depa sebabtu sanggup pi jenguk kat kuis even 30 minit ja dari rumah tapi rasa macam jauh jugakla kalau drive sorang-sorang, haha ! Okay itu saje yang aku boleh share. Pengalaman pertama so tak banyak la tips. For those tak pernah pergi hiking boleh la cuba. Melihat ciptaan Allah. ^_^
To Ashfihani take care dekat uitm tu. Lepas ni selalu la pi shopping seksyen 7 tu sampai lebam. haha. Since kita takdela rapat sangat tapi serious seronok kawan dengan kau. Tak boleh lupa trademark panggil nama orang sampai orang lain pelik. Atas bukit pun nak berdrama. Haihlah kawan. Belum jumpa lagi kawan baru satu kepala kat USIM tu. Kang tunjuk perangai terkejut dorang. haha. Jemahlah katakannn.
To Ashfihani take care dekat uitm tu. Lepas ni selalu la pi shopping seksyen 7 tu sampai lebam. haha. Since kita takdela rapat sangat tapi serious seronok kawan dengan kau. Tak boleh lupa trademark panggil nama orang sampai orang lain pelik. Atas bukit pun nak berdrama. Haihlah kawan. Belum jumpa lagi kawan baru satu kepala kat USIM tu. Kang tunjuk perangai terkejut dorang. haha. Jemahlah katakannn.
0 comment:
Post a Comment