Friday, March 11, 2011

Buatmu WANITA.... =)

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah. Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hati kerana Allah teramat mencintainya tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,dimana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita". Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA..Mengapa masih ragu-ragu?Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..Hadis: Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya...-imam alghazali-

   Wahai wanita-wanita sekalian...jangan takut akan jodohmu...Allah telah menetapkan di loh mahfuz untuk setiap pasangan kita. Sebelum kita sibuk mencari jodoh,perlengkapkan dan persiapkan diri kita dengan fardu muslim yang mantap.Allah telah berfirman dalam Alquran surah An-Nur,ayat 26: والطيبات للطيبين والطيبون للطيبات. Mafhumnya dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..

Jadilah wanita yang membawa imej ISLAM yang sebenar...Kalau bukan kita yang sudah islam,siapa lagi?Adakah cara kita sudah memenuhi yang islam tuntut?Tepuk dada tanya iman..masih belum terlambat.Ingatlah,Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi..

Renung-renungkan dan selamat beramal...


klu da bace..jgn lupa komen tau..

0 comment:

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Ziela Roslee. Design by Ayu Barbydol