Tuesday, May 19, 2015

Buat cikguku


Assalamualaikum..

Okay disebabkan malam ni macam free sikit. Maka hati meronta-ronta nak post entry ni. Okay haritu kan hari guru. Aku hanya sempat bagi ucapan simple je "SELAMAT HARI GURU"
 
Buat guru-guruku.. 
Terima kasih atas ajaranmu selama ini
Terima kasih atas nasihatmu yang sangat membina
Terim kasih atas bebelanmu dikelas
Terima kasih atas semangat yang diberi

Aku ingat sewaktu mula-mula aku memasuki sekolah rendah sewaktu umurku tujuh tahun. Arwah abahku sanggup cuti seminggu semata-mata nak menemani aku disekolah waktu rehat. hurmm.. Rindunya saat itu.. 

Disebabkan fizikalku agak kecil.. mungkin itu membuatkan arwah abahku risau akan puteri sulung kesayangannya. 

Selamat Hari Guru kepada semua ibu bapa diluar sana. Kerana kalian juga cikgu kepada anak-anak. 

Seriously ibu bapaku adalah guru yang terbaik buatku. Dari aku kecil hingga dewasa tak putus-putus bagi nasihat walaupun adakalanya dalam bentuk bebelan. Kadang kita sebagai anak ni dengan bebelan baru nak sedar. Betul tak ? Cakap berlembut taknak dengar. kan ? hehe..

Sejak umurku tujuh tahun lagi aku telah dibiasakan dengan kelas tambahan atau erti kata lain tuisyen. sampai lah aku berumur 12 tahun. Naik tingkatan 1 aku sudah memasuki asrama. Maka tuisyen bukan lagi tempat aku study pada waktu malam. Hidupku penuh disiplin ketika kecil (sekolah rendah).. Pagi pergi sekolah kebangsaan, petang pergi sekolah agama, malam pergi tuisyen lepas tu balik rumah buat kerja sekolah. Tepat pukul 11 mesti dah kena tidur. Arwah abahku sangat inginkan memberi didikan yang sempurna. dan Alhamdulillah hingga kini aku masih berusaha memberi kejayaan kepada mama dan arwah abah. InshaAllah..Terima kasih abah terima kasih mama terima kasih cikgu. Al-Fatihah.


klu da bace..jgn lupa komen tau..

0 comment:

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Ziela Roslee. Design by Ayu Barbydol