Friday, May 22, 2015

Muhasabahlah


Assalamualaikum..

360 hari kau sihat.
5 hari kau sakit, perlu ubat.
Tiba-tiba kau seru,
"Tuhan, sakit apa ini ? Aku dah tak larat"


29 hari kau bersukaria.
Sehari kau dirundung duka.
Tiba-tiba kau keluhi,
"Tuhan, takdirmu ini apa?"


20 jam perut kau kenyang penuh inti.
4 jam perut kau tiada isi.
Tiba-tiba kau tangisi,
"Tuhan, aku lapar nasi."


Apa kau tak malu
Pada Tuhan Maha Memberi?


Syukurlah dulu. Nanti Dia tambah lagi.


Repost.. Allahuakhbar, may we become among those who are grateful. Aamiin..




klu da bace..jgn lupa komen tau..

Tuesday, May 19, 2015

Buat cikguku


Assalamualaikum..

Okay disebabkan malam ni macam free sikit. Maka hati meronta-ronta nak post entry ni. Okay haritu kan hari guru. Aku hanya sempat bagi ucapan simple je "SELAMAT HARI GURU"
 
Buat guru-guruku.. 
Terima kasih atas ajaranmu selama ini
Terima kasih atas nasihatmu yang sangat membina
Terim kasih atas bebelanmu dikelas
Terima kasih atas semangat yang diberi

Aku ingat sewaktu mula-mula aku memasuki sekolah rendah sewaktu umurku tujuh tahun. Arwah abahku sanggup cuti seminggu semata-mata nak menemani aku disekolah waktu rehat. hurmm.. Rindunya saat itu.. 

Disebabkan fizikalku agak kecil.. mungkin itu membuatkan arwah abahku risau akan puteri sulung kesayangannya. 

Selamat Hari Guru kepada semua ibu bapa diluar sana. Kerana kalian juga cikgu kepada anak-anak. 

Seriously ibu bapaku adalah guru yang terbaik buatku. Dari aku kecil hingga dewasa tak putus-putus bagi nasihat walaupun adakalanya dalam bentuk bebelan. Kadang kita sebagai anak ni dengan bebelan baru nak sedar. Betul tak ? Cakap berlembut taknak dengar. kan ? hehe..

Sejak umurku tujuh tahun lagi aku telah dibiasakan dengan kelas tambahan atau erti kata lain tuisyen. sampai lah aku berumur 12 tahun. Naik tingkatan 1 aku sudah memasuki asrama. Maka tuisyen bukan lagi tempat aku study pada waktu malam. Hidupku penuh disiplin ketika kecil (sekolah rendah).. Pagi pergi sekolah kebangsaan, petang pergi sekolah agama, malam pergi tuisyen lepas tu balik rumah buat kerja sekolah. Tepat pukul 11 mesti dah kena tidur. Arwah abahku sangat inginkan memberi didikan yang sempurna. dan Alhamdulillah hingga kini aku masih berusaha memberi kejayaan kepada mama dan arwah abah. InshaAllah..Terima kasih abah terima kasih mama terima kasih cikgu. Al-Fatihah.


klu da bace..jgn lupa komen tau..

Monday, May 18, 2015

Hurmmm


Assalamualaikum..

Rasa macam nak share something kat sini. Lagipun ada entry yang aku janjikan tu tapi bukan tak nak update. Tapi takde masa. Sebab sibuk dengan kerja. Kejap lagi pun dah nak pergi kerja. And ahad ni aku ada panggilan untuk medsi di UPSI. Jadi masa lebih kepada kerja dan preparation MEDSI. Lepas ni aku akan post jugak. Tunggu tau ! And Doakan aku tau ! Seram ni.. 


Ni lah muka jenis orang tak reti nak mekap. haha.. lip balm je aku calit kat bibir. Muka letak krim muka + bedak baby johnson. hehe. bedak compact pun aku takde. next time nak cerita pasal skincare lah. haishh.. niat ni banyak betul benda nak share. masa pulak takde. tunggu je lah aku free. 


klu da bace..jgn lupa komen tau..

Monday, May 4, 2015

Ketenangan


Assalamualaikum 

Kali ni nak cerita pasal kepuasan. Pernah tak korang rasa korang bekerja keras untuk dapatkan rezeki yang lebih banyak. Means kerja sambilan ke apa ke.. Bila dah dapat income lebih korang rasa WOW ! Makin bertambah gaji aku bulan ni. Tapi bila dah tengah bulan korang rasa macam gaji yang korang dapat banyak-banyak tu tinggal separuh atau korang rasa tak cukup. 

Aku post entry macam ni bukan sebab benda ni kena kat aku. Tapi ada orang lain ni bagitahu aku.. dia kerja pastu buat kerja sambilan lagi tapi still rasa tak cukup..

Okay dari kisah ni pernah tak kita terfikir apa sebabnya ? Cuba kita fikir balik.. Apa sebenarnya yang buat kita jadi macam tu ? 

Aku just nak cakap mungkin itu semua sebab kita tak tunaikan apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai seorang mukmin atau orang islam. Maksud aku ada tak kita solat lima waktu ? and kalau dah solat lima waktu.. pernah tak kita miss 1 waktu ke 2 ke 3 ke ? ada ? Kalau ada baikilah diri. Sebab kalau kita kaya sekalipun kalau tak tunaikan sepatutnya kita still tak kan rasa kepuasan dan ketenangan dalam hati. 

Bukanlah bagus sangat diri ni. Banyak lagi kelemahan perlu di perbaiki. InshaAllah doakan aku ye ? 



Benda paling bodoh aku buat. 
Pertama, Lupa pada Allah. Sedangkan Dia ingat pada aku.
Kedua, Ingat pada manusia. Sedangkan dia lupa pada aku. 
Allah.. semoga Allah pelihara kita semua. InshaAllah. 


Next time nak cerita pasal gambar ni pulak. hehe


klu da bace..jgn lupa komen tau..

Aku RINDU saat kita bersama


Assalamualaikum.. hai :)

Sejak dah tak sekolah ni rasa macam rindu betul dengan kawan-kawan. Tak kesah la kawan dari SAMTK mahupun SAMTSH . eh pembetulan ada SKK dah SAMTSH ni. Jangan tak tahu betapa bekerja kerasnya warga SAMTSH nak dapatkan SKK ni. Baik guru-guru mahupun para pelajar. Tak lupa juga kepada makcik-makcik pakcik-pakcik yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah. Secara tak langsung mereka juga mengeluarkan tenaga dan membantu kami untuk mendapat SKK ni. Oh yee.. pasti ada yang tak tahu SKK tu apa kan ? SKK tu SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. Hanya sekolah tertentu je boleh dapat SKK ni. So, sekarang nama SAMTSH jadi SEKOALAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. Macam over pulak nama panjang-panjang cam tu. haha. Apa pun aku bangga walaupun hanya 1 tahun setengah menimba ilmu disitu. Time STPM je. hehe. 

Okay kita sambung.. 


Gambar ni time bila entah. yang penting kami buka gerai ada event kat sekolah. Lepas dah tutup gerai dah kemas-kemas tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Tak tahu kenapa kawan-kawan aku ni buat "peel" lain macam ajak mandi hujan. Mulanya aku tak nak. Tapi bila dah kena simbah air dengan dorang terus join mandi hujan. haha. Seronoknya tak tau nak cakap macam mana. Gambar ni mungkin boleh tunjuk betapa bahagianya kami waktu tu. 

Adik-adik semua tengok akak-akak yang tengah menggila ni dari atas. haha.. Peduli apa semua tu. Janji bahagia. kahkah. alaaa. Dalam hati budak-budak tu mesti jealous. nak join jugak tapi segan. ingat kami tak tahu ? haha. 

Oh yee ni dekat asrama tau. sebab tu lah beria cerita pasal sekolah. Asrama kan ada peraturan. Tapi seperti dalam gambar ni. takkan lah nak mandi hujan pun tak boleh ? kikiki.. warden takde time ni. tak silap aku lah. sebab tu kami berani buat "peel" camni. 



Nampak tak betapa seronoknya kami mandi hujan. Lepas ni entah bila boleh mandi hujan lagi macam ni. Time kecik-kecik dulu boleh lah mandi hujan. Dah besar ni banyak benda nak kena buat. I love this moment. Muahhhh 

Sebenarnya tiba-tiba nak update entry ni sebab tadi tertido pastu termimpi mandi hujan dengan depa ni. Terus buka laptop update pasal ni. Ghindu gila aih kat depaaaa.. 



klu da bace..jgn lupa komen tau..

Saturday, May 2, 2015

Keputusan STPM cemerlang


Assalamualaikum


Tiba-tiba mood rajin nak update blog. Lama sangat dah blog ni tak kongsi cerita kan ? sorry semua. Maklumlah... busy sikit. Dah jadi wanita bekerjaya kata kan.. hehe.

Okay hari ni aku nak cerita sikit pasal keputusan stpm aku baru-baru ni. Alhamdulillah.. result cemerlang. Walaupun tak sehebat yang lain. But, aku bersyukur sangat dapat 3.25 pointer. Puas hati sangat dengan result yang aku dapat. sebab bukan senang nak dapat 3.0 pointer dalam stpm. Kepada sesiapa yang dah ada pengalaman amek stpm atau tengah mengharungi stpm mesti tahu betapa payahnya nak mengharungi semua tu. 

Jujur aku katakan banyak sangat cabaran amek stpm ni. satu, sebab suasana belajar dalam sekolah. tak semua warga sekolah tu faham kakak-kakak dan abang-abang yang amek stpm ni. dua, sebab cemburu kawan-kawan lain study dekat universiti. tiga, sebab tekanan dia lain macam sikit daripada amek spm. bagi aku lah.

Mula-mula amek stpm rasa macam tak yakin boleh skor even 4 subjek je. Setiap kali nak exam aku mesti stress. Tak pernah tak nangis. Stpm ada 3 semester. Sehari sebelum exam aku mesti nangis. Sebab stress ! Risau tak dapat skor. Walaupun dah study banyak kali. Sebab stpm ni kita tak dapat jangka. Time exam rasa macam dah jawab dengan yakin. Bila keluar result fail ! Fail tau bukan dapat c or d. Sedih kan ? 

Ni nak nasihat sikit.. kepada adik-adik yang ada niat nak amek stpm kat luar sana.. sediakan mental yang kuat tau.. sebab cabaran dia sangat banyak ! those yang dah rasa atau sedang harungi tu mesti tahu. 

okay tu je setakat ni.. next time aku cerita pasal lain pulak.


Bangga tau dapat pakai jubah ni. Akhirnya dapat jugak pakai hasil dari usaha sendiri. Muka tak sabar nak naik pentas. hehe


Antara penerima anugerah.. tahniah semua !!


Okaylah.. tunggu next entry okay ?





klu da bace..jgn lupa komen tau..

 

Copyright 2015 © Ziela Roslee. Design by Ayu Barbydol