Saturday, November 21, 2015

ABAH AND MAMA


Assalamualaikum


ABAH AND MAMA
Abah.. mama.. kakak rindu..
mama.. even baru seminggu akak kat sini tapi akak dah rindu. Mungkin ini satu perasaan yang Allah hadirkan untuk setiap manusia sentiasa menyayangi kedua ibu bapanya.
mama… mama banyak berkorban untuk akak dan adik2. Terutamanya dekat akak..
mama… akak minta maaf.. sebab kadang2 akak siakan masa yang ada dengan benda yang lagha. akak tengok cerita sehari suntuk.
mama… akak sunyi dekat sini. sebabtu kalau boleh akak nak balik rumah selalu. ade mama dan adik2..
mama… kakak tak jumpa lagi kawan yang boleh jaga akak macam alin, Diana, ain. Kawan sek semua busy. Jarang jumpa..
mama… terima kasih sebab jadi mama terbaik untuk kakak..

Abah.. kakak teringin nak cakap dengan abah. sebab kakak sangat rindukan abah.
Abah… kakak sihat je dekat sini. Abah jangan risau. Abah rehat je dekat sana. Abahkan penat menanggung sakit haritu. hampir setahun abah tahan sakit. kesian abah.
Abah… kakak dah masuk U tau. Macam yang akak angan2kan dulu.
Abah.. kakak jealous tengok orang lain dapat borak2 dengan ayah dia dalam telepon.
Abah.. kakak jealous tengok orang lain salam ayah dia masa ayah dia hantar balik asrama.
Abah… kakak paling bahagia bila akak mimpi abah.
Alhamdulillah.. even hanya mimpi. akak rasa tu dah cukup bahagia sebab akak seolah2 dapat jumpa abah.
Abah.. anak sulung abah ni dah meningkat remaja. tak lama lagi dah boleh menikah. kakak takut kalau2 suami kakak tak secaring abah. tak sebaik abah.
Nanti apa2hal dia buat kat kakak, abah takde nak selamatkan kakak.
Abah… anak manja abah ni terlalu takut untuk hadapi ujian akan datang. Sebab abah takde nak selamatkan kakak. Tapi kakak tahu Allah itu maha Adil kan bah ? Mesti ada hikmah.


Terima kasih ya Allah kerana pinjamkan mereka untuk aku. 




klu da bace..jgn lupa komen tau..

Wednesday, September 16, 2015

Cintakah kita atas keimanan ?


Assalamualaikum...

Saya minta maaf.. dah lama saya termenung fikir pasal ni. Percayalah tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat.

Sejak dari sekolah, saya memang pelik kenapa orang kata mendekati zina itu haram. Bukannya berzina lagi dah berdosa. hmmm. Malas nak fikir panjang-panjang. Saya kan sekolah lagi.. Tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la. Saya tak hisap rokok sebab saya tahu benda tu tak bagi faedah pun. Tapi saya bukannya skema. Pernah jugak ponteng kelas sekali dua. Biasa-biasa je. hehe.

Tapi sejak saya masuk U saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan memang sangat ketara. Ye la kat sini ikut suka hati je nak buat apa. Tak macam kat sekolah, nak jumpa awek pun sorok-sorok takut warden nampak. Tapi tu dulu.. sekarang saya dah dekat U.

Hmmmm.. saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung. Ada yang pakai tudung. ok la.. Tapi baju pula hurmmm, seluar pulak alamak.. Ada juga baju dah labuh seluar dah longgar tapi tudung pula tak tutup dada. Nampak segala apa yang kami kaum adam ni takde. Aduiii, camne nak jaga iman ni ?? tapi saya still control lagi, saya still ingat Allah larang kita dekati zina. 

Sampailah satu hari, ada seorang perempuan cakap dia suka saya. Dia cantik, pakai tudung dan dia ni baik juga :) Zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk tunjuk hint. Mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah, kalau pergi shopping atau holiday mana-mana mesti dia ada belikan something kat saya. Mula-mula saya tak layan sangat juga. Sebab takut terbagi harapan kat orang perempuan ni. Mereka (perempuan) mudah sangat perasan. Layan sikit terus ingat kita suka dia.. Perempuan~~~

Lama-lama dia dah berani call saya. Dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu, naik luruh jantung saya dengar. Dia minta tolong belikan set kfc zinger burger. Aduii. Banyak kali saya fikir nak beli ke x nak beli ke x. Puas saya cari alasan. Saya tak nak timbul fitnah. Tapi bila dia cakap dia ada gastrik. Hati saya mula timbul kesian. Saya beli makanan dan bagi kat dia. Mula-mula memang asalnya kesian je. Tapi dah lama-lama saya rasa best pulak. Ada orang nak msg saya,kejutkan saya solat subuh, ada orang nak dengar masalah saya. Kira saya ni bertuah sangat sebab saya tak cari girlfriend pun dah ada orang sayang saya. eh! syooookk la pulak. kau ada ? takde kan..

Satu hari, kami keluar berdua dekat satu tempat ni nak lintas jalan, dia dah ada kat depan. Tiba-tiba ada kereta laju kat jalan tu. Spontan saya tarik tanggannya. Zaappp! saya rasa berdebar-debar, rasa terkejut pun ada. Tapi niat saya nak selamatkan dia je. Yang paling buat saya terkejut, dia senyum.. Entah.. tak faham apa dia fikir. Dia tak marah ke aku pegang tangan dia. Hati saya pelik. Dia senyum lagi dan berkata awak, terima kasih.. sayang awak! Saya senyum juga. Malas nak fikir panjang-panjang. Oh seronoknya... Lembutnya tangan diaaaaaa.. Rasa nak pegang lagi. 'Haa gatal-gatal' hati saya marah. Tapi hati saya nak. Dan jujur makin lama saya makin rasa sayang pada dia. Tak boleh kalau tak bersms. Yela bila hati dah sayang.. bila hati dah rindu.. bila hati dah penuh dengan 'nafsu' errrrrrr...


Nafsu ?

Saya suka dia sebab nafsu ke ?
Saya cinta dia sebab nafsu ke ? 
Tak ! kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti !
Hati saya marah
'Awak pasti ke nak ambil dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara itu datang.
Bunyi seakan-akan mengejek.
Entah,
Tak tahu apa yang saya fikir time tu.
Macam-macam perasaan, 
Tapi saya buat tak tahu.
Biar dalam hati saya rasa macam,
'eh betul ke apa yang aku buat ni?'
Saya dan dia dah tercouple.
Nak buat macam mana,
Best la ada couple ni,
Kawan-kawan selalu puji,
Dia cantik even bertudung.
Tapi styloo bergaya kot,
Tambahh-tambah dengan fesyen sekarang.
Saya yang tak kembang semangkuk? eh..
Please sama-sama jaga diri..

Satu hari itu,
Saya terjumpa satu video ni.
Video hilal asyraf,
Tentang cinta.
Cinta yang hakiki
Terpaku
Terpana 
Terasa
Semua ada.
Saya cinta dia.
Tapi kenapa saya makin bawa dia ke neraka ?
Astaghfirullah..
Kalau betul saya cinta dia,
Saya mesti nak bawa dia ke syurga.
Tapi situasi saya ?
Saya terpaksa mengaku,
Saya kalah dengan 'nafsu'
Saya sebenarnya,
....ikut nafsu.

Sepanjang hari, lepas saya tengok video tu, saya diam. Kawan-kawan ajak main bola saya tolak. Saya bagi alasan. Saya yang nak sendiri. Hp saya letak tepi. Tekan punat off. Saya malu. Saya dah tak sanggup. Saya dah malu sangat-sangat depan Allah. Sya still solat. Kadang-kadang saya mengaji. Tapi.... saya  buat maksiat jugak. Saya makin lalai. Endah tak endah tentang dosa. Saya rasa.. saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina. Sebab nanti end up, jadi macam saya. Dari sms, lepas tu call, dengar suara, rasa nak jumpa, bila dah terpegang tangan sekali, rasa nak pegang banyak kali. Semua tu NAFSU !!

Banyaknya dosa saya :( Allah Allah Allah.. Saya bangun ambil wudhu' dan solat sunat 2rakaat. Saya minta sangat-sangat Allah ampunkan dosa saya. Allah ampunkan dosa-dosa kita. Dan air mata jantan saya mengalir. Bila dah tenang saya text dia..

Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go and please let me go. I don't want to bring you to jahannam. Instead I'll pray for you to get light from Allah. May Allah bless you and me

Dan saya terus matikan hp. Buat kali kedua saya sedar. Susah. Tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah. Sebab Allah yang pegang hati saya. pegang hati dia. Saya tak nak berpaling lagi.

Dan untuk hawa semuanya.. jangan terlalu murah, jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki, awak buat suara mendayu-dayu macam tu, sembut perfume wangi, pakai skirt blouse selendang ala-ala hot gitu, dah namanya Lelaki. Kuat mana imannya pasti akan tergoda jugak. Jadi, kena sama-sama jaga diri. 


Simpan godaan-godaan tu pada orang teristimewa kelak..

Dan sekarang saya terus begini. Mujahadah. Doa saya terus kuat. Doa supaya dia faham, Doa sama-sama kita dalam redhaNya.. InshaAllah.. :)

#tak perlu tahu post sape. tapi deep kan ? tanyalah iman.. sekian :)



klu da bace..jgn lupa komen tau..

Tuesday, September 15, 2015

Masalah dua jiwa


Assalamualaikum

Ini kisah seorang wanita juga aku yakin berlaku pada orang lain. Tatkala para remaja diluar sana bersuka ria memikirkan seorang yang lain jantina dengan mereka. Begitu juga si wanita ini. Pernah disakiti dan dipermainkan oleh seorang lelaki itu mungkin perkara yang biasa. Tetapi siapa tahu orang yang merasai itu nampak cool tapi ingatan yang dilakukan kepada mereka itu mereka anggap sesuatu yang amat menyakitkan. Itu juga pernah berlaku pada wanita ini.

Namun, kesakitan ini tidak lama. Allah mengurniakan seorang lelaki yang sangat menyayanginya. Sentiasa berusaha untuk menggembirakannya. MashaAllah. Sungguh beruntung wanita ini. Orang kata.. kalau dah jumpa yang terbaik jangan lepaskan dia. Itu lah yang dilakukan oleh wanita ini. Tapi sayang.. lelaki itu bukan halal untuknya. 

"Lelaki andai belum mampu memberi kepastian, jangan sesekali memberi harapan. Dan perempuan, andai belum menerima kepastian, jangan sesekali menyimpan harapan. Belajar mencintai dengan bijaksana. Sesuatu yang sering dilupakan oleh banyak manusia. Tidak gelabah dan terburu-buru, tidak terlalu menampilkan isi hati, pandai menyiasati perasaan, berhati-hati dalam berucap dan pandai mengatur logika."

Buat awak, Cinta tidak akan menjadi sebuah keindahan bila diikuti dengan laku yang tidak santun. Belajarlah untuk memperlakukan cinta kita kepada orang lain secara terhormat. 

 Sungguh,

Bukan mudah untuk saya ambil keputusan ini. Ada kalanya perasaan ini datang kembali. bila rasa dah okay. tak lama tu rasa hati tidak okay. hati ini rasa seperti mahukan perhatian dari awak. Namun, adakalanya saya berjaya abaikan perasaan itu. 

Dugaan hati ini juga perlukan kekuatan. Maka, bantulah aku. 

klu da bace..jgn lupa komen tau..

Tuesday, June 23, 2015

Adik dapat masuk MRSM


Assalamualaikum..

Hai semua.. mesti korang baru balik dari terawih. kan ? samalah kita.. okay since tengah ada mood nak post entry baik kita buat cepat2 ye dak ? Lagipun harini balik kerja awal.. dapat lah rehat lebih sikit. Ni aku nak cerita ni.. Tadi sampai je rumah letak handbag teruih pi dapoq tengok mama masak apa.. Pastu mama tanya.. "kak, MRSM bagus tak?" dalam hati aku mama ni dah kenapa. Takkan adik dapat mrsm pulak. Then aku tanya mama "kenapa ? sape nak masuk MRSM ?" then mama jawab.. "adik dapat masuk mrsm" okay dalam hati ni jeles sangat sebab dulu punya la payah aku nak masuk mrsm.. takpe lah.. atleast dapat juga aku sekolah asrama.. hahaha.. ni cita-cita sejak umur 11 tahun. tercapai jugak weh.. terima kasih ya Allah..

Ok 27 julai lepas raya kena daftar kat mrsm tu.. aku tahu mama mesti risau sebab anak bongsu dia dok jauh.. boleh aku conquer katil feeling2 manja tidoq sebelah mama tanpa budak tu. haha. adakah aku dikategorikan kakak yang kejam ? 

Sebenarnya aku pun macam risau jugak nak bagi dia pergi belajar jauh2.. ye lah budak manja.. macam mana nak berdikari kalau semua benda mama yang buat ? nasib kau lah dik dapat sekolah jauh berbatu2 tu.. pastu tak dapat balik selalu. aku syak mesti adik aku hari-hari call nangis-nangis punya.. percaya lah cakap kakakmu ini.. sebab kakak kau ni pun sampai form 5 call mama kadang nangis-nangis jugak.. pastu dah nak letak tepon kat public phone tu cover sikit bajet-bajet cool. haha.. malulah senior nangis. miahahaha.. masuk form 6 dah tak nangis dah. sebab sekolah dekat.. mama rajin jugaklah melawat. dulu masa sekolah samtk jauh naw naw kat tanjong karang sana.. mama ngan arwah abah xlarat lah nak melawat selalu. pasrah je time ni. ingat lagi arwah abah cakap camni "kalau sekolah kakak tu boleh outing memang abah selalu lawat kakak..masalahnya tak boleh outing.. penat lah abah. rumah kita jauh.." nasib dapat anak jenis redha je. hahahaha.. tapi kalau call dapat tahu family balik kampung mama, memang aku paksa arwah abah ngan mama singgah sekolah.. tak peduli.. janji boleh lepas rindu. hahahaha.. 

Dulu kalau balik dari asrama mama mesti masak lauk sedap-sedap. bukanlah hari-hari lain mama i masak tak sedap okay ! maksud aku abah mesti beli lauk kegemaran aku macam ketam ke yang penting seafood. sebab kitew memang penggemar seafood. haha. syok je balik-balik dapat makan sedap-sedap. ermmm rindunyaaaa...

Tu semua dah berlalu.. lepas ni turn adik aku pulak.. ha jangan nak berangan sangat.. sat lagi hang pun kena dok jauh jugak ngan family. nak pi sambung belajar dah.. makin sunyi lah mama.. tinggal dia ngan adik aku yang laki tu je.. angah.. kau jaga mama leklok. kau jaga xelok aku tampaq kau doploh kali.. hahaha..

Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan.. dari awal tahun tunggu panggilan akhirnya kau dapat jugak dik..moga kau tabah dok jauh-jauh nanti. haha.

Thanks for reading !



klu da bace..jgn lupa komen tau..

Friday, May 22, 2015

Muhasabahlah


Assalamualaikum..

360 hari kau sihat.
5 hari kau sakit, perlu ubat.
Tiba-tiba kau seru,
"Tuhan, sakit apa ini ? Aku dah tak larat"


29 hari kau bersukaria.
Sehari kau dirundung duka.
Tiba-tiba kau keluhi,
"Tuhan, takdirmu ini apa?"


20 jam perut kau kenyang penuh inti.
4 jam perut kau tiada isi.
Tiba-tiba kau tangisi,
"Tuhan, aku lapar nasi."


Apa kau tak malu
Pada Tuhan Maha Memberi?


Syukurlah dulu. Nanti Dia tambah lagi.


Repost.. Allahuakhbar, may we become among those who are grateful. Aamiin..




klu da bace..jgn lupa komen tau..

Tuesday, May 19, 2015

Buat cikguku


Assalamualaikum..

Okay disebabkan malam ni macam free sikit. Maka hati meronta-ronta nak post entry ni. Okay haritu kan hari guru. Aku hanya sempat bagi ucapan simple je "SELAMAT HARI GURU"
 
Buat guru-guruku.. 
Terima kasih atas ajaranmu selama ini
Terima kasih atas nasihatmu yang sangat membina
Terim kasih atas bebelanmu dikelas
Terima kasih atas semangat yang diberi

Aku ingat sewaktu mula-mula aku memasuki sekolah rendah sewaktu umurku tujuh tahun. Arwah abahku sanggup cuti seminggu semata-mata nak menemani aku disekolah waktu rehat. hurmm.. Rindunya saat itu.. 

Disebabkan fizikalku agak kecil.. mungkin itu membuatkan arwah abahku risau akan puteri sulung kesayangannya. 

Selamat Hari Guru kepada semua ibu bapa diluar sana. Kerana kalian juga cikgu kepada anak-anak. 

Seriously ibu bapaku adalah guru yang terbaik buatku. Dari aku kecil hingga dewasa tak putus-putus bagi nasihat walaupun adakalanya dalam bentuk bebelan. Kadang kita sebagai anak ni dengan bebelan baru nak sedar. Betul tak ? Cakap berlembut taknak dengar. kan ? hehe..

Sejak umurku tujuh tahun lagi aku telah dibiasakan dengan kelas tambahan atau erti kata lain tuisyen. sampai lah aku berumur 12 tahun. Naik tingkatan 1 aku sudah memasuki asrama. Maka tuisyen bukan lagi tempat aku study pada waktu malam. Hidupku penuh disiplin ketika kecil (sekolah rendah).. Pagi pergi sekolah kebangsaan, petang pergi sekolah agama, malam pergi tuisyen lepas tu balik rumah buat kerja sekolah. Tepat pukul 11 mesti dah kena tidur. Arwah abahku sangat inginkan memberi didikan yang sempurna. dan Alhamdulillah hingga kini aku masih berusaha memberi kejayaan kepada mama dan arwah abah. InshaAllah..Terima kasih abah terima kasih mama terima kasih cikgu. Al-Fatihah.


klu da bace..jgn lupa komen tau..

Monday, May 18, 2015

Hurmmm


Assalamualaikum..

Rasa macam nak share something kat sini. Lagipun ada entry yang aku janjikan tu tapi bukan tak nak update. Tapi takde masa. Sebab sibuk dengan kerja. Kejap lagi pun dah nak pergi kerja. And ahad ni aku ada panggilan untuk medsi di UPSI. Jadi masa lebih kepada kerja dan preparation MEDSI. Lepas ni aku akan post jugak. Tunggu tau ! And Doakan aku tau ! Seram ni.. 


Ni lah muka jenis orang tak reti nak mekap. haha.. lip balm je aku calit kat bibir. Muka letak krim muka + bedak baby johnson. hehe. bedak compact pun aku takde. next time nak cerita pasal skincare lah. haishh.. niat ni banyak betul benda nak share. masa pulak takde. tunggu je lah aku free. 


klu da bace..jgn lupa komen tau..

Monday, May 4, 2015

Ketenangan


Assalamualaikum 

Kali ni nak cerita pasal kepuasan. Pernah tak korang rasa korang bekerja keras untuk dapatkan rezeki yang lebih banyak. Means kerja sambilan ke apa ke.. Bila dah dapat income lebih korang rasa WOW ! Makin bertambah gaji aku bulan ni. Tapi bila dah tengah bulan korang rasa macam gaji yang korang dapat banyak-banyak tu tinggal separuh atau korang rasa tak cukup. 

Aku post entry macam ni bukan sebab benda ni kena kat aku. Tapi ada orang lain ni bagitahu aku.. dia kerja pastu buat kerja sambilan lagi tapi still rasa tak cukup..

Okay dari kisah ni pernah tak kita terfikir apa sebabnya ? Cuba kita fikir balik.. Apa sebenarnya yang buat kita jadi macam tu ? 

Aku just nak cakap mungkin itu semua sebab kita tak tunaikan apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai seorang mukmin atau orang islam. Maksud aku ada tak kita solat lima waktu ? and kalau dah solat lima waktu.. pernah tak kita miss 1 waktu ke 2 ke 3 ke ? ada ? Kalau ada baikilah diri. Sebab kalau kita kaya sekalipun kalau tak tunaikan sepatutnya kita still tak kan rasa kepuasan dan ketenangan dalam hati. 

Bukanlah bagus sangat diri ni. Banyak lagi kelemahan perlu di perbaiki. InshaAllah doakan aku ye ? 



Benda paling bodoh aku buat. 
Pertama, Lupa pada Allah. Sedangkan Dia ingat pada aku.
Kedua, Ingat pada manusia. Sedangkan dia lupa pada aku. 
Allah.. semoga Allah pelihara kita semua. InshaAllah. 


Next time nak cerita pasal gambar ni pulak. hehe


klu da bace..jgn lupa komen tau..

Aku RINDU saat kita bersama


Assalamualaikum.. hai :)

Sejak dah tak sekolah ni rasa macam rindu betul dengan kawan-kawan. Tak kesah la kawan dari SAMTK mahupun SAMTSH . eh pembetulan ada SKK dah SAMTSH ni. Jangan tak tahu betapa bekerja kerasnya warga SAMTSH nak dapatkan SKK ni. Baik guru-guru mahupun para pelajar. Tak lupa juga kepada makcik-makcik pakcik-pakcik yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah. Secara tak langsung mereka juga mengeluarkan tenaga dan membantu kami untuk mendapat SKK ni. Oh yee.. pasti ada yang tak tahu SKK tu apa kan ? SKK tu SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. Hanya sekolah tertentu je boleh dapat SKK ni. So, sekarang nama SAMTSH jadi SEKOALAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. Macam over pulak nama panjang-panjang cam tu. haha. Apa pun aku bangga walaupun hanya 1 tahun setengah menimba ilmu disitu. Time STPM je. hehe. 

Okay kita sambung.. 


Gambar ni time bila entah. yang penting kami buka gerai ada event kat sekolah. Lepas dah tutup gerai dah kemas-kemas tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Tak tahu kenapa kawan-kawan aku ni buat "peel" lain macam ajak mandi hujan. Mulanya aku tak nak. Tapi bila dah kena simbah air dengan dorang terus join mandi hujan. haha. Seronoknya tak tau nak cakap macam mana. Gambar ni mungkin boleh tunjuk betapa bahagianya kami waktu tu. 

Adik-adik semua tengok akak-akak yang tengah menggila ni dari atas. haha.. Peduli apa semua tu. Janji bahagia. kahkah. alaaa. Dalam hati budak-budak tu mesti jealous. nak join jugak tapi segan. ingat kami tak tahu ? haha. 

Oh yee ni dekat asrama tau. sebab tu lah beria cerita pasal sekolah. Asrama kan ada peraturan. Tapi seperti dalam gambar ni. takkan lah nak mandi hujan pun tak boleh ? kikiki.. warden takde time ni. tak silap aku lah. sebab tu kami berani buat "peel" camni. 



Nampak tak betapa seronoknya kami mandi hujan. Lepas ni entah bila boleh mandi hujan lagi macam ni. Time kecik-kecik dulu boleh lah mandi hujan. Dah besar ni banyak benda nak kena buat. I love this moment. Muahhhh 

Sebenarnya tiba-tiba nak update entry ni sebab tadi tertido pastu termimpi mandi hujan dengan depa ni. Terus buka laptop update pasal ni. Ghindu gila aih kat depaaaa.. 



klu da bace..jgn lupa komen tau..

Saturday, May 2, 2015

Keputusan STPM cemerlang


Assalamualaikum


Tiba-tiba mood rajin nak update blog. Lama sangat dah blog ni tak kongsi cerita kan ? sorry semua. Maklumlah... busy sikit. Dah jadi wanita bekerjaya kata kan.. hehe.

Okay hari ni aku nak cerita sikit pasal keputusan stpm aku baru-baru ni. Alhamdulillah.. result cemerlang. Walaupun tak sehebat yang lain. But, aku bersyukur sangat dapat 3.25 pointer. Puas hati sangat dengan result yang aku dapat. sebab bukan senang nak dapat 3.0 pointer dalam stpm. Kepada sesiapa yang dah ada pengalaman amek stpm atau tengah mengharungi stpm mesti tahu betapa payahnya nak mengharungi semua tu. 

Jujur aku katakan banyak sangat cabaran amek stpm ni. satu, sebab suasana belajar dalam sekolah. tak semua warga sekolah tu faham kakak-kakak dan abang-abang yang amek stpm ni. dua, sebab cemburu kawan-kawan lain study dekat universiti. tiga, sebab tekanan dia lain macam sikit daripada amek spm. bagi aku lah.

Mula-mula amek stpm rasa macam tak yakin boleh skor even 4 subjek je. Setiap kali nak exam aku mesti stress. Tak pernah tak nangis. Stpm ada 3 semester. Sehari sebelum exam aku mesti nangis. Sebab stress ! Risau tak dapat skor. Walaupun dah study banyak kali. Sebab stpm ni kita tak dapat jangka. Time exam rasa macam dah jawab dengan yakin. Bila keluar result fail ! Fail tau bukan dapat c or d. Sedih kan ? 

Ni nak nasihat sikit.. kepada adik-adik yang ada niat nak amek stpm kat luar sana.. sediakan mental yang kuat tau.. sebab cabaran dia sangat banyak ! those yang dah rasa atau sedang harungi tu mesti tahu. 

okay tu je setakat ni.. next time aku cerita pasal lain pulak.


Bangga tau dapat pakai jubah ni. Akhirnya dapat jugak pakai hasil dari usaha sendiri. Muka tak sabar nak naik pentas. hehe


Antara penerima anugerah.. tahniah semua !!


Okaylah.. tunggu next entry okay ?





klu da bace..jgn lupa komen tau..

 

Copyright 2015 © Ziela Roslee. Design by Ayu Barbydol