Wednesday, January 13, 2016

Selamat Hari Ulangtahun DIANA



Assalamualaikum..

Okay kali ni aku nak buat entry khas untuk kawan aku. Memandangkan harini birthday dia yang ke 21 pastu nak sambut pun macam tak boleh je hari ni. So kita buatlah entry pepanjang kali ni. Haha.

So DIANA ! This is for you. Happy birthday yang ke 21. Dah tak boleh nak enjoy sangat dah. Lagi berapa tahun ada la tu yang melamar kau. Kau relax je goyang kaki je. haha. Ha mula la tu ada orang nak cakap (sikit-sikit cakap pasal kawen ) weh, umur pun dah 21 korang takde perasaan ke ? huh !

Okay diana teruskan membaca. Yang lain nak baca pun boleh. hehe. Macam biasa haruslah ucapan terima kasih. Antara kawan yang sanggup layan kerenah aku yang tah hape-hape ni adalah diana ! Serious aku sendiri cakap perangai aku ni tah hape-hape haha. 

Terima kasih sebab sudi pinjam katil tilam masa dok asrama dulu. Syok jugak tido sempit-sempit. nasib takde gambar. haha. erm rindu dah mai dah. ish !!!



Terima kasih sebab kau antara orang pertama yang tegur aku dalam bilik tu sebab geng-geng samtk kat dorm sebelah. aku sorang je dari samtk dalam dorm tu. hurm sedih. Hari pertama langsung tak boleh tido. Nyamuk sangat banyak dan aktif sangat. Stress ! Maka hari seterusnya memang aku tak tido atas katil aku dah la. haha. 

Terima kasih sebab sudi pinjamkan telinga untuk aku. haha. Mula-mula rasa segan kot nak cerita. Tapi bila dah cerita kau pun cerita masalah kau. hurm jadi rapat pulak. huhu

Terima kasih jugak sebab sudi pinjam kan bahu. kahkahkah. 

Okay la kita cakap lebih serious sikit. Dah 21 tahun ni, aku nak kau fikir matang sikit. (sebelum ni dah matang dah) lepastu jangan biarkan jejaka diluar sana permainkan perasaan kau lagi. Katakan NOWAY ! Haha over pulak. Aku sayang kau okay. biarlah over pun. Okay lepastu fokus pada pelajaran. Kalau ada masa kau terleka ke lalai ke lupa ke malas nak belajar ke.. ingat masa mula-mula kau nak sambung belajar, nak daftar. Parents kau family kau ada temankan kau daftar. So, ni la masa nak balas balik. ewah. aku pun kadang-kadang leka gak. ngehngeh. Even kita tak satu u, moga-moga kita masih boleh bersama. ewah ayat aku. haha. okayla moga kau suka. tak suka pun buat-buat suka. haha..  

Didoakan semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang berpanjangan (tidokenacukup) semoga dimurahkan rezeki, semoga menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik untuk adik-adik semoga berjasa kepada masyarakat dan semoga masih larat nak layan kerenah aku, hahaha. lebiyu. 


Yang ikhlas ,


klu da bace..jgn lupa komen tau..

Tips nak isi borang UPU


Assalamualaikum

Hurm hari ni tak tahu kenapa aku rasa nak share something dekat korang. Terutamanya yang tengah tunggu result upu. Yelah memandangkan aku pun tengah cuti sem ni. Lepastu takde apa nak buat. Better aku share something kat korang. 

Okay kepada yang nanti nak isi UPU tu.. Better korang pilih betul-betul kos apa yang korang nak. Sebab ada la beberapa kawan yang kenal setakat sem1 ni. Dia sangat minat dengan sains. Then masa dia isi borang UPU ni. Semua pilihan dia pilih berkaitan dengan sains cuma pilihan last sekali dia saje la pilih pasal law. Hurm sekali pilihan yang terakhir tu yang dia dapat. Disebabkan dia memang tak minat langsung dengan law so dia pun mohon tukar kos. Sementara permohonan diluluskan, terpaksa jugakla dia belajar subjek yang dia tak minat. So, nasihat aku yang baru 4-5 bulan jejak kaki kat USIM ni.. better korang pilih betul-betul bidang yang sesuai dengan diri korang.

gambar ni masa hari terakhir orientasi. 3 hari je. Tapi pagi sampai malam. Penat jugak lah sampai hari kedua tu aku pening muntah-muntah. Tak tahu kenapa. Memang stamina badan aku ni kadang-kadang tak okay. Kena ada suppliment baru okay. Time ni pulak lupa nak bawa. Hurm nasiblah..

Okay sekarang aku nak korang berhati-hati bila isi borang tu.. sebab tak silap soalan yang last-last tu dia ada tanya korang nak terima ke tak wang pendahuluan dari ptptn. Kalau korang klik nak, nanti bila korang dapat tawaran sambung belajar dia akan send satu cek bernilai rm1500 untuk korang. Lepas tu korang kena pergi bank then cash kan. Dapatlah rm1.5k. Tapi lepastu kena bayarla balik. Macam aku haritu masa isi tak tahu pape main klik je lah. Lepastu sampailah cek tu dekat rumah. Lepastu aku tanya mak aku nak amek ke tak duit ni.Mak aku kata tak payah siap bebel-bebel dekat aku kenapa pergi klik terima haritu. haha. Tapi kalau rasa family tak mampu tu cashkan je la sebab duit ni tujuannya untuk korang belanja masa nak daftar nanti. Mesti banyak benda nak kena beli kan. Lepastu wang pendaftaran pun kena bayar sebelum hari pendaftaran. Macam aku haritu kos aku kena 2k jugalah yuran pendaftaran sekali dengan bayaran satu sem (sem1). Kalau korang cashkan cek tu.. nanti korang kena bayar balik. Sama ada dia potong duit ptptn atau dia potong dari duit gaji mak ayah korang. Macam aku, ptptn aku tak amek and duit tu pun aku tak cashkan. Semuanya duit dari mak aku. Alhamdulillah masih boleh survive lagi dekat USIM. 




Okay satu lagi tips untuk sentiasa dimurahkan rezeki. Sedekah. Ini selalu aku tengok mak aku buat tiap kali datang masjid ada tabung masjid tu dia masukkan beberapa duit. Bukan banyak pun. Sekadar kita ikhlas nak bagi. Tak kesahlah mana-mana masjid pun. So, aku sebagai anak terikut la jugak. And setiap hari jumaat mak aku akan sedekahkan duit kat masjid by my brother. Bila adik lelaki nak ke masjid solat jumaat nanti mak aku akan bagi kat dia suh masuk dalam tabung. InshaAllah Allah akan murahkan rezeki kita. Yang penting ikhlas nak tolong orang ye dok ? hehe. Lepastu rajin-rajinla solat dhuha. ha yang ni aku tengah praktikkan. Selamat beramal. Good luck for you guys. 

okay time dah habis exam untuk sem 1. Tapi aku takde dalam gambar tu. takpayah la nak cari aku kat situ. haha  ok tu je tips yang aku boleh share. Harap dapat membantu sikit yang tengah tunggu result tu.





klu da bace..jgn lupa komen tau..

 

Copyright 2015 © Ziela Roslee. Design by Ayu Barbydol