Saturday, May 2, 2015

Keputusan STPM cemerlang


Assalamualaikum


Tiba-tiba mood rajin nak update blog. Lama sangat dah blog ni tak kongsi cerita kan ? sorry semua. Maklumlah... busy sikit. Dah jadi wanita bekerjaya kata kan.. hehe.

Okay hari ni aku nak cerita sikit pasal keputusan stpm aku baru-baru ni. Alhamdulillah.. result cemerlang. Walaupun tak sehebat yang lain. But, aku bersyukur sangat dapat 3.25 pointer. Puas hati sangat dengan result yang aku dapat. sebab bukan senang nak dapat 3.0 pointer dalam stpm. Kepada sesiapa yang dah ada pengalaman amek stpm atau tengah mengharungi stpm mesti tahu betapa payahnya nak mengharungi semua tu. 

Jujur aku katakan banyak sangat cabaran amek stpm ni. satu, sebab suasana belajar dalam sekolah. tak semua warga sekolah tu faham kakak-kakak dan abang-abang yang amek stpm ni. dua, sebab cemburu kawan-kawan lain study dekat universiti. tiga, sebab tekanan dia lain macam sikit daripada amek spm. bagi aku lah.

Mula-mula amek stpm rasa macam tak yakin boleh skor even 4 subjek je. Setiap kali nak exam aku mesti stress. Tak pernah tak nangis. Stpm ada 3 semester. Sehari sebelum exam aku mesti nangis. Sebab stress ! Risau tak dapat skor. Walaupun dah study banyak kali. Sebab stpm ni kita tak dapat jangka. Time exam rasa macam dah jawab dengan yakin. Bila keluar result fail ! Fail tau bukan dapat c or d. Sedih kan ? 

Ni nak nasihat sikit.. kepada adik-adik yang ada niat nak amek stpm kat luar sana.. sediakan mental yang kuat tau.. sebab cabaran dia sangat banyak ! those yang dah rasa atau sedang harungi tu mesti tahu. 

okay tu je setakat ni.. next time aku cerita pasal lain pulak.


Bangga tau dapat pakai jubah ni. Akhirnya dapat jugak pakai hasil dari usaha sendiri. Muka tak sabar nak naik pentas. hehe


Antara penerima anugerah.. tahniah semua !!


Okaylah.. tunggu next entry okay ?





klu da bace..jgn lupa komen tau..

0 comment:

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Ziela Roslee. Design by Ayu Barbydol