Assalamualaikum
Hurm hari ni tak tahu kenapa aku rasa nak share something dekat korang. Terutamanya yang tengah tunggu result upu. Yelah memandangkan aku pun tengah cuti sem ni. Lepastu takde apa nak buat. Better aku share something kat korang.
Okay kepada yang nanti nak isi UPU tu.. Better korang pilih betul-betul kos apa yang korang nak. Sebab ada la beberapa kawan yang kenal setakat sem1 ni. Dia sangat minat dengan sains. Then masa dia isi borang UPU ni. Semua pilihan dia pilih berkaitan dengan sains cuma pilihan last sekali dia saje la pilih pasal law. Hurm sekali pilihan yang terakhir tu yang dia dapat. Disebabkan dia memang tak minat langsung dengan law so dia pun mohon tukar kos. Sementara permohonan diluluskan, terpaksa jugakla dia belajar subjek yang dia tak minat. So, nasihat aku yang baru 4-5 bulan jejak kaki kat USIM ni.. better korang pilih betul-betul bidang yang sesuai dengan diri korang.
gambar ni masa hari terakhir orientasi. 3 hari je. Tapi pagi sampai malam. Penat jugak lah sampai hari kedua tu aku pening muntah-muntah. Tak tahu kenapa. Memang stamina badan aku ni kadang-kadang tak okay. Kena ada suppliment baru okay. Time ni pulak lupa nak bawa. Hurm nasiblah..
Okay sekarang aku nak korang berhati-hati bila isi borang tu.. sebab tak silap soalan yang last-last tu dia ada tanya korang nak terima ke tak wang pendahuluan dari ptptn. Kalau korang klik nak, nanti bila korang dapat tawaran sambung belajar dia akan send satu cek bernilai rm1500 untuk korang. Lepas tu korang kena pergi bank then cash kan. Dapatlah rm1.5k. Tapi lepastu kena bayarla balik. Macam aku haritu masa isi tak tahu pape main klik je lah. Lepastu sampailah cek tu dekat rumah. Lepastu aku tanya mak aku nak amek ke tak duit ni.Mak aku kata tak payah siap bebel-bebel dekat aku kenapa pergi klik terima haritu. haha. Tapi kalau rasa family tak mampu tu cashkan je la sebab duit ni tujuannya untuk korang belanja masa nak daftar nanti. Mesti banyak benda nak kena beli kan. Lepastu wang pendaftaran pun kena bayar sebelum hari pendaftaran. Macam aku haritu kos aku kena 2k jugalah yuran pendaftaran sekali dengan bayaran satu sem (sem1). Kalau korang cashkan cek tu.. nanti korang kena bayar balik. Sama ada dia potong duit ptptn atau dia potong dari duit gaji mak ayah korang. Macam aku, ptptn aku tak amek and duit tu pun aku tak cashkan. Semuanya duit dari mak aku. Alhamdulillah masih boleh survive lagi dekat USIM.
Okay satu lagi tips untuk sentiasa dimurahkan rezeki. Sedekah. Ini selalu aku tengok mak aku buat tiap kali datang masjid ada tabung masjid tu dia masukkan beberapa duit. Bukan banyak pun. Sekadar kita ikhlas nak bagi. Tak kesahlah mana-mana masjid pun. So, aku sebagai anak terikut la jugak. And setiap hari jumaat mak aku akan sedekahkan duit kat masjid by my brother. Bila adik lelaki nak ke masjid solat jumaat nanti mak aku akan bagi kat dia suh masuk dalam tabung. InshaAllah Allah akan murahkan rezeki kita. Yang penting ikhlas nak tolong orang ye dok ? hehe. Lepastu rajin-rajinla solat dhuha. ha yang ni aku tengah praktikkan. Selamat beramal. Good luck for you guys.
okay time dah habis exam untuk sem 1. Tapi aku takde dalam gambar tu. takpayah la nak cari aku kat situ. haha ok tu je tips yang aku boleh share. Harap dapat membantu sikit yang tengah tunggu result tu.
0 comment:
Post a Comment