Monday, May 4, 2015

Ketenangan


Assalamualaikum 

Kali ni nak cerita pasal kepuasan. Pernah tak korang rasa korang bekerja keras untuk dapatkan rezeki yang lebih banyak. Means kerja sambilan ke apa ke.. Bila dah dapat income lebih korang rasa WOW ! Makin bertambah gaji aku bulan ni. Tapi bila dah tengah bulan korang rasa macam gaji yang korang dapat banyak-banyak tu tinggal separuh atau korang rasa tak cukup. 

Aku post entry macam ni bukan sebab benda ni kena kat aku. Tapi ada orang lain ni bagitahu aku.. dia kerja pastu buat kerja sambilan lagi tapi still rasa tak cukup..

Okay dari kisah ni pernah tak kita terfikir apa sebabnya ? Cuba kita fikir balik.. Apa sebenarnya yang buat kita jadi macam tu ? 

Aku just nak cakap mungkin itu semua sebab kita tak tunaikan apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai seorang mukmin atau orang islam. Maksud aku ada tak kita solat lima waktu ? and kalau dah solat lima waktu.. pernah tak kita miss 1 waktu ke 2 ke 3 ke ? ada ? Kalau ada baikilah diri. Sebab kalau kita kaya sekalipun kalau tak tunaikan sepatutnya kita still tak kan rasa kepuasan dan ketenangan dalam hati. 

Bukanlah bagus sangat diri ni. Banyak lagi kelemahan perlu di perbaiki. InshaAllah doakan aku ye ? 



Benda paling bodoh aku buat. 
Pertama, Lupa pada Allah. Sedangkan Dia ingat pada aku.
Kedua, Ingat pada manusia. Sedangkan dia lupa pada aku. 
Allah.. semoga Allah pelihara kita semua. InshaAllah. 


Next time nak cerita pasal gambar ni pulak. hehe


klu da bace..jgn lupa komen tau..

Aku RINDU saat kita bersama


Assalamualaikum.. hai :)

Sejak dah tak sekolah ni rasa macam rindu betul dengan kawan-kawan. Tak kesah la kawan dari SAMTK mahupun SAMTSH . eh pembetulan ada SKK dah SAMTSH ni. Jangan tak tahu betapa bekerja kerasnya warga SAMTSH nak dapatkan SKK ni. Baik guru-guru mahupun para pelajar. Tak lupa juga kepada makcik-makcik pakcik-pakcik yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah. Secara tak langsung mereka juga mengeluarkan tenaga dan membantu kami untuk mendapat SKK ni. Oh yee.. pasti ada yang tak tahu SKK tu apa kan ? SKK tu SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. Hanya sekolah tertentu je boleh dapat SKK ni. So, sekarang nama SAMTSH jadi SEKOALAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. Macam over pulak nama panjang-panjang cam tu. haha. Apa pun aku bangga walaupun hanya 1 tahun setengah menimba ilmu disitu. Time STPM je. hehe. 

Okay kita sambung.. 


Gambar ni time bila entah. yang penting kami buka gerai ada event kat sekolah. Lepas dah tutup gerai dah kemas-kemas tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Tak tahu kenapa kawan-kawan aku ni buat "peel" lain macam ajak mandi hujan. Mulanya aku tak nak. Tapi bila dah kena simbah air dengan dorang terus join mandi hujan. haha. Seronoknya tak tau nak cakap macam mana. Gambar ni mungkin boleh tunjuk betapa bahagianya kami waktu tu. 

Adik-adik semua tengok akak-akak yang tengah menggila ni dari atas. haha.. Peduli apa semua tu. Janji bahagia. kahkah. alaaa. Dalam hati budak-budak tu mesti jealous. nak join jugak tapi segan. ingat kami tak tahu ? haha. 

Oh yee ni dekat asrama tau. sebab tu lah beria cerita pasal sekolah. Asrama kan ada peraturan. Tapi seperti dalam gambar ni. takkan lah nak mandi hujan pun tak boleh ? kikiki.. warden takde time ni. tak silap aku lah. sebab tu kami berani buat "peel" camni. 



Nampak tak betapa seronoknya kami mandi hujan. Lepas ni entah bila boleh mandi hujan lagi macam ni. Time kecik-kecik dulu boleh lah mandi hujan. Dah besar ni banyak benda nak kena buat. I love this moment. Muahhhh 

Sebenarnya tiba-tiba nak update entry ni sebab tadi tertido pastu termimpi mandi hujan dengan depa ni. Terus buka laptop update pasal ni. Ghindu gila aih kat depaaaa.. 



klu da bace..jgn lupa komen tau..

Saturday, May 2, 2015

Keputusan STPM cemerlang


Assalamualaikum


Tiba-tiba mood rajin nak update blog. Lama sangat dah blog ni tak kongsi cerita kan ? sorry semua. Maklumlah... busy sikit. Dah jadi wanita bekerjaya kata kan.. hehe.

Okay hari ni aku nak cerita sikit pasal keputusan stpm aku baru-baru ni. Alhamdulillah.. result cemerlang. Walaupun tak sehebat yang lain. But, aku bersyukur sangat dapat 3.25 pointer. Puas hati sangat dengan result yang aku dapat. sebab bukan senang nak dapat 3.0 pointer dalam stpm. Kepada sesiapa yang dah ada pengalaman amek stpm atau tengah mengharungi stpm mesti tahu betapa payahnya nak mengharungi semua tu. 

Jujur aku katakan banyak sangat cabaran amek stpm ni. satu, sebab suasana belajar dalam sekolah. tak semua warga sekolah tu faham kakak-kakak dan abang-abang yang amek stpm ni. dua, sebab cemburu kawan-kawan lain study dekat universiti. tiga, sebab tekanan dia lain macam sikit daripada amek spm. bagi aku lah.

Mula-mula amek stpm rasa macam tak yakin boleh skor even 4 subjek je. Setiap kali nak exam aku mesti stress. Tak pernah tak nangis. Stpm ada 3 semester. Sehari sebelum exam aku mesti nangis. Sebab stress ! Risau tak dapat skor. Walaupun dah study banyak kali. Sebab stpm ni kita tak dapat jangka. Time exam rasa macam dah jawab dengan yakin. Bila keluar result fail ! Fail tau bukan dapat c or d. Sedih kan ? 

Ni nak nasihat sikit.. kepada adik-adik yang ada niat nak amek stpm kat luar sana.. sediakan mental yang kuat tau.. sebab cabaran dia sangat banyak ! those yang dah rasa atau sedang harungi tu mesti tahu. 

okay tu je setakat ni.. next time aku cerita pasal lain pulak.


Bangga tau dapat pakai jubah ni. Akhirnya dapat jugak pakai hasil dari usaha sendiri. Muka tak sabar nak naik pentas. hehe


Antara penerima anugerah.. tahniah semua !!


Okaylah.. tunggu next entry okay ?





klu da bace..jgn lupa komen tau..

Saturday, November 29, 2014

Sungguh aku RINDU


Assalamualaikum

Bismillah.. Lama kan aku dah x update. Kalau blog ni makanan dah berkulat kot. Euwwww.. haha.. hari ni aku nak cerita pasal hidup aku.. about my lovely person. Seriously aku ni bukan jenis yang suka share semua benda pasal life aku kat orang lain. But, kali ni aku just luahkan rindu aku yang tak pernah terhenti to my "abah". 


Abah.. kakak dah nak masuk 20 tahun. Bermakna dah nak 6 tahun abah pergi. Tanggal 4 Januari 2010. Hari kesedihan bagiku. Namun, sejak haritu lah ia mengajarku untuk menjadi lebih kuat tanpa kasih seorang abah. 3 Januari 2010 aku dah nak kena balik asrama sebab 4 Januari 2010 dah nak start sekolah. Kebiasaannya family aku yang hantar balik asrama. Dan pada hari itu abah sangat risau dan sedikit kecewa sebab tak dapat nak hantar anak sulong dia balik asrama. Takpe abah.. akak faham.. Abah kan tak sihat. Walaupun dia tak cakap tapi aku nampak. Abah adalah penguat semangat kakak. 4 Januari 2010, First time aku mulakan persekolahanku tanpa semangat dan azam. Yela ayah kita terlantar sakit kot.. macam mana nak happy.. Seharian dalam kelas tu aku just borak dengan sorang kawan je cerita pasal masalah family. Bukan takde kawan lain. Tapi lebih selesa dengan dia. SYAHIDA IZZATI. Dia lah yang kenal aku dan keluarga aku. And malam tu warden cari aku suruh tunggu kat depan pintu sekolah nanti ada orang datang bawa balik katanya. Ha time ni aku dah dapat agak sama ada abah dah takde atau tengah nazak. Tak tahu kenapa time ni Allah bagi kekuatan kat aku. Aku tenang je dengar warden cakap camtu. Tepat pukul 12.30 malam pakcik aku sampai amek aku. Masuk dalam kereta je aku nampak adik lelaki aku terus aku tanya kat dia.. "abah kenapa ?" dia jawab abah dah takde. Terus jatuh airmata aku even sebelum aku cuba untuk kuat. Bajet cool lah konon. Sampai rumah nak dekat pukul 2 pagi. Ramai nya orang. Masuk rumah terus cari mama kat dalam bilik. Sambung nangis. Tengok jenazah abah kat ruang tamu .. Time tu mama just cakap.. " takpe kak.. mama ada.." Allah.... betapa lemahnya aku time tu. Esok pagi baru uruskan jenazah sebab abah meninggal lepas isya'. Sebelum mandikan tu aku bagitau mama.. "mama.. akak nak cium abah sebelum abah mandi.." 


Abah.. 
Akak rindu abah..
Akak rindu nak dengar suara abah..
Akak rindu nak dengar lawak abah..
Akak rindu nak manja-manja dengan abah..
Akak rindu nak tengok abah marah-marah..
Akak rindu nak tengok abah senyum..
Akak rindu nak merajuk dengan abah..
Akak rindu nak abah pujuk akak, ketuk pintu ajak makan sebab akak taknak makan. merajuk.
Akak rindu nak cakap dalam telefon dengan abah..
Akak rindu nak dengar abah panggil akak sayang.. 
Akak rindu nak peluk abah, cium abah sebelum pergi sekolah..
Akak rindu nak pergi travel sama-sama dengan abah.. dulu kalau akak habis exam je abah mesti bawa kitorang jalan-jalan. holiday..
Akak rindu nak dengar abah marah sebab akak lambat tido..
Akak rindu nak balik kampung. Dulu setiap kali nak raya kita mesti buka puasa kat tepi jalan sebab rnr penuh. 
Akak rindu nak dengar abah minta atok masak makanan yang abah suka kat kampung..
Akak rindu nak tengok reaksi excited abah bila akak dapat result bagus kat sekolah..
Akak rindu nak gaduh-gaduh ngan abah sebab nak makan kepak ayam jugak. Sampai akak taknak makan..
Banyak lagi yang akak rindu..
Tapi takpe abah..
Akak redha..
Akak bangga ada abah macam abah..
Akak bersyukur sebab Allah bagi pinjam seorang abah yang penuh bertanggungjawab dan penyayang macam abah walaupun hanya sekejap.
Ya Allah.. kau kuatkanlah aku untuk terus hidup menempuh ujian dan dugaanmu tanpa seorang ayah disisi..

Abah tegas. tapi dalam tegas ada lembutnya.
Hidup kami adik beradik penuh dengan disiplin. Balik je sekolah terus mandi. Dah takde nak main-main depan rumah dengan beruniform sekolah lagi. Malam lepas maghrib abah hantar kami pergi tuisyen. Pukul 10 abah amek. Sampai rumah kami terus masuk rumah. Solat dan buat kerja sekolah. Tepat pukul 11 dah kena tido. Sungguh aku rindu kehidupanku dulu. 
 
Abah selalu pesan dan nasihat baik-baik tetapi dengan nada yang tegas.
Abah takkan pukul anak-anak dia walaupun anak dia salah..
Abah selalu bagi apa yang anak-anak dia nak.. 
Dari kecil aku memang manja dengan abah. Mungkin sebab cecah umur 2 tahun aku dah dapat adik. Mama pulak busy layan adik. Jadi abahlah jaga aku waktu aku kecil-kecil dulu.

Abah.. sekarang akak dah makin pandai tau.. Pandai jaga diri, pandai masak sikit-sikit, pandai drive.. hurmmm.. baru-baru ni anak bongsu abah dapat 5A dalam upsr. Sama macam akak dulu. Tapi bezanya dulu akak ada abah. Tapi adik amek result xde abah. Mama excited sangat.. Ya Allah.. kau jagalah kedua ibu bapaku didunia dan akhirat sepertimana mereka menjagaku sejak kecil hingga kini. I LOVE YOU ABAH.. AL-FATIHAH.







klu da bace..jgn lupa komen tau..

 

Copyright 2015 © Ziela Roslee. Design by Ayu Barbydol