Assalamualaikum
ABAH AND MAMA
Abah.. mama.. kakak rindu..
mama.. even baru seminggu akak kat
sini tapi akak dah rindu. Mungkin ini satu perasaan yang Allah hadirkan untuk
setiap manusia sentiasa menyayangi kedua ibu bapanya.
mama… mama banyak berkorban untuk
akak dan adik2. Terutamanya dekat akak..
mama… akak minta maaf.. sebab
kadang2 akak siakan masa yang ada dengan benda yang lagha. akak tengok cerita
sehari suntuk.
mama… akak sunyi dekat sini. sebabtu
kalau boleh akak nak balik rumah selalu. ade mama dan adik2..
mama… kakak tak jumpa lagi kawan
yang boleh jaga akak macam alin, Diana, ain. Kawan sek semua busy. Jarang
jumpa..
mama… terima kasih sebab jadi mama
terbaik untuk kakak..
Abah.. kakak teringin nak cakap
dengan abah. sebab kakak sangat rindukan abah.
Abah… kakak sihat je dekat sini.
Abah jangan risau. Abah rehat je dekat sana. Abahkan penat menanggung sakit
haritu. hampir setahun abah tahan sakit. kesian abah.
Abah… kakak dah masuk U tau. Macam
yang akak angan2kan dulu.
Abah.. kakak jealous tengok orang
lain dapat borak2 dengan ayah dia dalam telepon.
Abah.. kakak jealous tengok orang
lain salam ayah dia masa ayah dia hantar balik asrama.
Abah… kakak paling bahagia bila akak
mimpi abah.
Alhamdulillah.. even hanya mimpi.
akak rasa tu dah cukup bahagia sebab akak seolah2 dapat jumpa abah.
Abah.. anak sulung abah ni dah
meningkat remaja. tak lama lagi dah boleh menikah. kakak takut kalau2 suami
kakak tak secaring abah. tak sebaik abah.
Nanti apa2hal dia buat kat kakak, abah
takde nak selamatkan kakak.
Abah… anak manja abah ni terlalu
takut untuk hadapi ujian akan datang. Sebab abah takde nak selamatkan kakak.
Tapi kakak tahu Allah itu maha Adil kan bah ? Mesti ada hikmah.
Terima kasih ya Allah kerana
pinjamkan mereka untuk aku.
0 comment:
Post a Comment